Tuesday, January 23, 2018

Sejarah Bintulu

ASAL USUL BINTULU

            Nama bandar Bintulu ini ialah berasal daripada metu ulau iaitu datangnya dari dialek penduduk asal Bintulu yang mendiami Bintulu ketika dahulu kala. Erti "Metu Ulau" di dalam bahasa orang-orang Bintulu ialah "memungut kepala". Sebab dikata metu ulau ialah kerana ada sebatang sungai di kawasan Bintulu ini tempatnya gugurnya kepala orang yang dipenggal ketika dalam pertempuran.

            Terdapat kisah lain yang menyatakan ada satu tempat di kawasan Sungai Sebezaw yang sering dijadikan tempat untuk meyalai kepala ,usuh yang baru diperolehi ketika perang tercetus. Ini dilakukan bagi mengelakkan kepala ini menjadi buruk dan berbau busuk. Menurut ceritanya, di sebelah ulu Sungai Sebezaw ada sebatang anak sungai yang rata dan luas tebingnya serta biasa dijadikan tmpat untuk menyalai kepala dua bersaudara iaitu Berngek dan Jalab.

            Diceritakan bahawa Berngek telah menamakan anak sungai ini sebagai Sg. Metu Ulau kerana di situlah mereka menyalai kepala musuh yang tewas dalam pertempuran. Perkataan metu ulau yang telah terpakai sekali sekala di kalangan penduduk Bintulu di masa yang silam itu telah menjadi "Mentulau" apabila perkataan itu disebut oleh orang-orang yang datang dari luar kawasan Bintulu. Kesudahannya dari perkataan atau sebutan "Bentulu" dan akhirnya bila ditulis perkataan "Bintulu" pula yang muncul.

SEJARAH BINTULU






Ini merupakan Rumah Padi Kerajaan (di belakang Batu Peringatan) telah di dirikan pada thaun 1938 sebagai sektor padi kerajaan. Semasa pendudukam Jepun, Rumh Padi ini dijadikan gudang beras bagi pihak Jepun.



Bintulu telah melakar sejarah sebagai tempat Mesyuarat Council Negeri yang pertama kali diadakan pada 8 September 1867 seperti yang tercatat pada Batu Beringatan yang juga merupakan antara Mesyuarat Council Negeri tertua di Malaysia.




Kini Batu Peringatan tersebut telah dinaungi dengan Tugu Council Negeri Sarawak. Rumah Padi Kerajaan yang dahulunya berada di belakang Batu Peringatan kini telah diganti dengan Bangunan Komersial Shahida-BDA.


Ditaip oleh: Siti Nuraini Binti Taib (di sebelah kanan)


                               

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah

  Perkembangan sejarah awal negeri Kedah di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukannya yang amat straterik dan merupakan sumber pertanian terbesar di Malaysia. Dipandang dari sudut prasejarah , kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan sejarah yang amat unik contohnya, gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di Kubang Pasu, Kota Star dan Baling.

  Pada masa kejayaan Srivijaya, Kedah telah dipilih menjadi ibu negeri iaitu semenjak Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden  Plates sampai pada masa  Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.



 Lembah Bujang



Tapak Lembah Bujang
Seni bina awal Kedah, Candi, model bangunan, dipamerkan di
Muzium Negara, Kuala Lumpur


 Lembah bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu. Proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti,tapak peleburan besi,dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi juga menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia,China,Asia Barat dan India.


Sungai Batu

 Sungai Batu terletak di Bukit Batu Pahat,Merbok,Kedah. Sungai ini penting kerana adanya tapak arkeologi Lembah Bujang yang dipercayai wujud pada tahun 535SM. Tamadun Kedah Tua dicatatkan di bukit ini merupakan tamadun tertua di Asia Tenggara. Tamadun ini juga adalah sezaman dengan tamadun Rom dan Yunani.

 Berfungsi sebagai pusat peleburan besi, pelabuhan kapal dagang, ritual keagamaan dan juga pusat pentadbiran. Telah dijumpai juga 4 hingga 7 buah kapal dagang dan dianggarkan berusia sehingga 2000 tahun yang karam di dasar tasik di tengah hutan kelapa Sawit.

 Selain itu, Sungai Batu terkenal sebagai pusat peleburan bijih besi. Melebur bijih-bijih besi sehingga menjadi besi sebelum ditempa dan dieksport ke seluruh dunia. Besi ini dinamakan Qalai dan perniagaan ini telah terjadi seawal 535SM.



Image result for gambar sungai batu kedah
Sungai Batu Kedah Tua



















Ditaip oleh : KARTINI EMUT BINTI ABDULLAH










Monday, January 22, 2018

Sejarah Melaka

Melaka

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarahatau Negeri Hang Tuah). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahanBritish. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapuradan Pulau Pinang.

Lokasi

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri.  Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.


Melaka ialah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan NegerI Sembilan di utara;Johor di tenggara; dan Selat Melaka di barat. Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).


Sejarah Kesultanan Melaka


Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku yang mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.



Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.


Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Bendera Melaka

Bendera Melaka












Lambang Melaka



Lambang Melaka

Ditaip oleh: Enrick Chong Ted












Sejarah Kubu Brooke,Nanga Meluan,Julau

Kubu merupakan satu tempat yang dijadikan benteng pertahanan bagi manusia yang tinggal di sesuatu kawasan untuk menjalankan pentadbiran yang diketuai oleh seorang ketua. Disebalik itu kubu juga merupakan tempat dimana kita menghindari serangan dan ancaman munsuh.
                Di Sarawak ataupun dikenali sebagai Bumi Kenyalang pada suatu ketika dahulu wujudnya beberapa buah kubu yang telah didirikan sebelum Jepun menjajah Tanah Melayu lagi. Antara kubu yang telah dibina adalah Kubu Emma,1859,yang berada di Sungai Kanowit. Kubu Brooke,1935,di Nanga Meluan,Julau serta Kubu Sylvia,1880,yang bertempat di Sungai Rajang Batang,Kapit. Dalam kajian yang telah dijalankan saya lebih memfokuskan terhadap Kubu Brooke kerana kubu ini dekat dengan tempat kampung halalaman saya.
                Kubu Brooke ini dibina semasa era pemerintahan Keluarga Brooke di Nanga Meluan dalam tahun 1935 dan telah siap dengan sepenuhnya ssetelah 3 tahun selepas itu, iaitu dalam tahun 1938. Kubu ini dibina selepas kematian James Brooke, iaitu Rajah Sarawak yang pertama yang telah memerintah  Borneo  selama 22 tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1863[2]. Beliau bersara pada tahun 1863 tetapi telah melantik anak saudaranya, Charles Anthoni Johnson Brooke serta kemudian anaknya, iaitu Charles Vyner Brooke. Pentadbiran keluarga Brooke di  Sarawak merupakan satu dinasti yang termasyhur sebagai Rajah Putih Sarawak selama 100 tahun  (1841-1941) sehingga  Jepun menakluki  Tanah Melayu ( atau disebut sebagai Malaya ketika itu).[3] Era pemerintahan Keluarga Brooke di Sarawak pada masa dahulu sangat teguh walaupun terdapat banyak tentangan daripada penduduk tempatan. Dalam hal ini, saya sangat setuju kerana dengan melihat kepada tahun pemerintahan yang telah dijalankan oleh  Keluarga Brooke ini yang hampir 1 abad ini.
             

By Turbius Chew
















Sunday, January 21, 2018

Sejarah Tempatan (Sri Aman)


Kubu Alice

LOKASI
Kubu Alice terletak di daerah Sri Aman, Sarawak, di tepi Sungai Batang Lupar dan dekat dengan Taman Pandorama Benak.


Gambar 1.0 Lokasi Kubu Alice di Google Maps

FUNGSI
Fungsi utama kubu ini adalah sebagai pusat pentadbiran selain menjadi benteng pertahanan bagi mengawal keamanan di Sungai Batang Lupar. Kubu ini juga berperanan sebagai mahkamah rakyat dan mempunayi penjara di tingkat bawah sebagai pusat tahanan pesalah. 
Pembinaannya mengambil masa kira-kira 12 bulan dan dibina oleh orang-orang tempatan. Semua pembelanjaan dibiayai oleh Charles Brooke


Gambar 2.0 Gambar Charles Brooke

STRUKTUR
Saiz bangunan ini ialah 67m panjang dan 60m lebar, berbentuk segi empat, mempunyai dua tingkat dan dicat berwarna putih. Bahan utama struktur kubu ini yang dibawa dari muara Sungai Batang Skrang adalah daripada kayu belian. Terdapat sebuah tanah lapang yang menghadap Sungai Batang Lupar di bahagian belakang bangunan. Di bahagian kiri dan kanan bangunan pula, terdapat menara yang tinggi manakala di sekeliling kubu, terdapat meriam-meriam besar bagi mempertahankan kubu. Pada mulanya, kubu ini tidak mempunyai nama sehinggalah pada tahun 1870, ketika isteri Rajah Charles BrookeRanee Margaret Alice berkunjung ke Simanggang kubu ini dinamakan sebagai Kubu Alice.

Gambar 3.0 Kubu Alice lama dalam keadaan yang bagus

EKSPEDISI
Antara sebab Kubu Alice didirikan di Simanggang adalah bagi mengawal pergerakan suku kaum tempatan yang mendiami persisiran Sungai Skrang dan Batang Ai. Sepanjang pemerintahan Brooke, banyak ekspedisi-ekspedisi  telah  dilancarkan  daripada  Kubu  Alice.  Antara ekspedisi yang telah dilancarkan adalah:
  
Ekspedisi Ulu Ai Pertama – Oktober 1875
Ekspedisi Ulu Ai Kedua – Disember 1875
Ekspedisi Kolera Deluk – Jun 1902
Ekspedisi Menyebat dan Engkari – Oktober 1902
Ekspedisi Ulu Ai Pau – November 1902
Ekspedisi Menentang Delok – September 1908
Ekspedisi Ke Delok dan Jengin – November 1915
Kemenangan berpihak kepada Rajah Brooke dalam kesemua ekspedisi-ekspedisi yang telah dilancarkan bagi memastikan kestabilan Negara Sarawak pada masa itu.

PEMULIHARA DAN PEMELIHARA

Pada 10 Februari 1971, Kubu Alice telah diistiharkan sebagai bangunan bersejarah.Setelah berada dalam keadaan terbiar untuk tempoh yang lama, pada Mei 2013, kerajaan Negeri Sarawak melalui Jabatan Muzium Sarawak telah memulakan proses pembinaan semula Kubu Alice. Kos pembinaan semula Kubu Alice ini adalah sebanyak RM 5 juta. 72 tahun selepas menutup pintunya, pada 18 April 2015 Kubu Alice dibuka semula kepada umum sebagai pusat pengumpulan peradaban dan sejarah bahagian kedua Sri Aman. Kini, Kubu Alice dikenali sebagai Muzium Warisan Sri Aman.


 Gambar 4.0 Kubu Alice dalam keadaan yang teruk
Gambar 4.1 Kubu Alice yang telah diperbaiki menjadi sebuah musium


Ditaip oleh:
Gerard Lester Beti Newton Kamar

Saturday, January 20, 2018

Sarawak

Sarawak
Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sebelum adanya Malaysia, Sarawak bebas dari jajahan British pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk negara Malaysia 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea gabungan diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia berbanding negeri2 lain. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur (East Malaysia).
 
(Bendera Sarawak selepas Malaysia)
 
(Bendera Sarawak sebelum Malaysia)
Penghunian manusia yang paling awal di Sarawak bermula di Gua Niah iaitu pada 40,000 tahun yang lalu. Satu siri seramik Cina bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui di tapak arkeologi Santubong. Wilayah pesisir Sarawak berada di bawah pengaruh Empayar Kesultanan Brunei pada abad ke-16. Pada tahun 1839, James Brooke, seorang pejelajah British tiba di Sarawak. Beliau dan keturunannya memerintah negeri itu dari 1841 hingga 1946. Semasa Perang Dunia II, Sarawak diduduki oleh Jepun selama 3 tahun. Selepas peperangan, Rajah Putih yang terakhir, Charles Vyner Brooke , menyerahkan Sarawak ke Britain, dan pada tahun 1946, Sarawak menjadi Koloni Mahkota British. Pada 22 Julai 1963, Sarawak diberikan kerajaan sendiri oleh British dan kemudiannya telah menjadi salah seorang pengasas Persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan 16 September 1963. Namun, persekutuan itu ditentang oleh Indonesia yang membawa kepada konfrontasi selama 3 tahun. Penciptaan Persekutuan juga mengakibatkan pemberontakan komunis yang berlangsung hingga tahun 1990.
     Ketua negara adalah Gabenor, juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala ketua kerajaan adalah Ketua Menteri. Sarawak dibahagikan kepada bahagian pentadbiran, dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan dengan teliti pada sistem parlimen Westminster dan merupakan sebuah sebuah sistem perundangan negeri terawal di Malaysia.
     Disebabkan sumber semula jadinya, Sarawak mengkhususkan dalam eksport minyak dan gas,kayu dan kelapa sawit. Sarawak juga memeliku sektor perkilangan, tenaga dan pelancongan yang kuat. Sarawak bersifat etnik, budaya, dan linguistik. Kumpulan etnik utama termasuk Iban, Melayu, Cina, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu. Bahasa Inggeris dan Melayu adalah dua bahasa rasmi negeri ini tetapi tiada agama rasmi.

By : Mohd Khairulazlan bin Ali (sebelah kiri gambar dibawah)