Sunday, January 21, 2018

Sejarah Tempatan (Sri Aman)


Kubu Alice

LOKASI
Kubu Alice terletak di daerah Sri Aman, Sarawak, di tepi Sungai Batang Lupar dan dekat dengan Taman Pandorama Benak.


Gambar 1.0 Lokasi Kubu Alice di Google Maps

FUNGSI
Fungsi utama kubu ini adalah sebagai pusat pentadbiran selain menjadi benteng pertahanan bagi mengawal keamanan di Sungai Batang Lupar. Kubu ini juga berperanan sebagai mahkamah rakyat dan mempunayi penjara di tingkat bawah sebagai pusat tahanan pesalah. 
Pembinaannya mengambil masa kira-kira 12 bulan dan dibina oleh orang-orang tempatan. Semua pembelanjaan dibiayai oleh Charles Brooke


Gambar 2.0 Gambar Charles Brooke

STRUKTUR
Saiz bangunan ini ialah 67m panjang dan 60m lebar, berbentuk segi empat, mempunyai dua tingkat dan dicat berwarna putih. Bahan utama struktur kubu ini yang dibawa dari muara Sungai Batang Skrang adalah daripada kayu belian. Terdapat sebuah tanah lapang yang menghadap Sungai Batang Lupar di bahagian belakang bangunan. Di bahagian kiri dan kanan bangunan pula, terdapat menara yang tinggi manakala di sekeliling kubu, terdapat meriam-meriam besar bagi mempertahankan kubu. Pada mulanya, kubu ini tidak mempunyai nama sehinggalah pada tahun 1870, ketika isteri Rajah Charles BrookeRanee Margaret Alice berkunjung ke Simanggang kubu ini dinamakan sebagai Kubu Alice.

Gambar 3.0 Kubu Alice lama dalam keadaan yang bagus

EKSPEDISI
Antara sebab Kubu Alice didirikan di Simanggang adalah bagi mengawal pergerakan suku kaum tempatan yang mendiami persisiran Sungai Skrang dan Batang Ai. Sepanjang pemerintahan Brooke, banyak ekspedisi-ekspedisi  telah  dilancarkan  daripada  Kubu  Alice.  Antara ekspedisi yang telah dilancarkan adalah:
  
Ekspedisi Ulu Ai Pertama – Oktober 1875
Ekspedisi Ulu Ai Kedua – Disember 1875
Ekspedisi Kolera Deluk – Jun 1902
Ekspedisi Menyebat dan Engkari – Oktober 1902
Ekspedisi Ulu Ai Pau – November 1902
Ekspedisi Menentang Delok – September 1908
Ekspedisi Ke Delok dan Jengin – November 1915
Kemenangan berpihak kepada Rajah Brooke dalam kesemua ekspedisi-ekspedisi yang telah dilancarkan bagi memastikan kestabilan Negara Sarawak pada masa itu.

PEMULIHARA DAN PEMELIHARA

Pada 10 Februari 1971, Kubu Alice telah diistiharkan sebagai bangunan bersejarah.Setelah berada dalam keadaan terbiar untuk tempoh yang lama, pada Mei 2013, kerajaan Negeri Sarawak melalui Jabatan Muzium Sarawak telah memulakan proses pembinaan semula Kubu Alice. Kos pembinaan semula Kubu Alice ini adalah sebanyak RM 5 juta. 72 tahun selepas menutup pintunya, pada 18 April 2015 Kubu Alice dibuka semula kepada umum sebagai pusat pengumpulan peradaban dan sejarah bahagian kedua Sri Aman. Kini, Kubu Alice dikenali sebagai Muzium Warisan Sri Aman.


 Gambar 4.0 Kubu Alice dalam keadaan yang teruk
Gambar 4.1 Kubu Alice yang telah diperbaiki menjadi sebuah musium


Ditaip oleh:
Gerard Lester Beti Newton Kamar

No comments:

Post a Comment