Monday, January 22, 2018

Sejarah Kubu Brooke,Nanga Meluan,Julau

Kubu merupakan satu tempat yang dijadikan benteng pertahanan bagi manusia yang tinggal di sesuatu kawasan untuk menjalankan pentadbiran yang diketuai oleh seorang ketua. Disebalik itu kubu juga merupakan tempat dimana kita menghindari serangan dan ancaman munsuh.
                Di Sarawak ataupun dikenali sebagai Bumi Kenyalang pada suatu ketika dahulu wujudnya beberapa buah kubu yang telah didirikan sebelum Jepun menjajah Tanah Melayu lagi. Antara kubu yang telah dibina adalah Kubu Emma,1859,yang berada di Sungai Kanowit. Kubu Brooke,1935,di Nanga Meluan,Julau serta Kubu Sylvia,1880,yang bertempat di Sungai Rajang Batang,Kapit. Dalam kajian yang telah dijalankan saya lebih memfokuskan terhadap Kubu Brooke kerana kubu ini dekat dengan tempat kampung halalaman saya.
                Kubu Brooke ini dibina semasa era pemerintahan Keluarga Brooke di Nanga Meluan dalam tahun 1935 dan telah siap dengan sepenuhnya ssetelah 3 tahun selepas itu, iaitu dalam tahun 1938. Kubu ini dibina selepas kematian James Brooke, iaitu Rajah Sarawak yang pertama yang telah memerintah  Borneo  selama 22 tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1863[2]. Beliau bersara pada tahun 1863 tetapi telah melantik anak saudaranya, Charles Anthoni Johnson Brooke serta kemudian anaknya, iaitu Charles Vyner Brooke. Pentadbiran keluarga Brooke di  Sarawak merupakan satu dinasti yang termasyhur sebagai Rajah Putih Sarawak selama 100 tahun  (1841-1941) sehingga  Jepun menakluki  Tanah Melayu ( atau disebut sebagai Malaya ketika itu).[3] Era pemerintahan Keluarga Brooke di Sarawak pada masa dahulu sangat teguh walaupun terdapat banyak tentangan daripada penduduk tempatan. Dalam hal ini, saya sangat setuju kerana dengan melihat kepada tahun pemerintahan yang telah dijalankan oleh  Keluarga Brooke ini yang hampir 1 abad ini.
             

By Turbius Chew
















1 comment: